Pengalaman menggunakan Coggle untuk membina konsep tentang Model Addie merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan. Dalam proses membina peta minda tersebut, banyak benda baru yang diterokai yang bermanfaat dan mudah dilakukan. Apatah lagi, aktiviti ini dapat dibuat bersama rakan-rakan. Ia boleh dijadikan satu tugasan yang bagus untuk pembelajaran koperatif murid-murid di dalam kelas. Namun begitu, saya rasa agak sukar ia dilaksanakan di sekolah saya buat masa sekarang kerana terdapat limitasi dari segi line dan kemudahan komputer yang sedia ada. Tapi, saya berharap pembelajaran ini saya dapat manfaatkan untuk masa akan datang.
0 Comments
|
|