Semasa sesi perbincangan permasalahan yang dihadapi di sekolah yang berkaitan dengan murid, banyak masalah yang diutarakan oleh rakan-rakan guru. Bagi saya, terdapat juga masalah yang sama yang saya hadapi di sekolah dan kelas saya sendiri. Contohnya, murid cepat bosan di dalam kelas. Cara penyelesaian bagi setiap individu mungkin berbeza bergantung dengan situasi. Dalam perbincangan tadi, ada guru yang menggunakan pendekatan behaviorisme dan ada juga yang menggunakan pendekatan konstruktivisme. Pendekatan yang mereka gunakan ialah pendekatan yang mereka rasa sesuai dengan situasi yang mereka hadapi. Saya dapat belajar dari sana bahawa sebagai seorang guru, kita kena mencuba pendekatan yang berbeza bagi menyelesaikan masalah yang kita hadapi dengan murid. Melalui perbincangan profesional sesama rakan setugas juga dapat memberi kita idea untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi.
0 Comments
|
|